
Seorang lelaki yang turut terkandas di Jeddah ketika konflik Timur Tengah tampil menceritakan perkara sebenar berikutan dakwaan yang dibuat seorang jemaah wanita.
BACA: Jemaah Wanita Dakwa Terkandas Tanpa Penginapan Dan Makanan Di Jeddah, Rupa-Rupanya Ada ‘Plot Twist’?
Lelaki bernama Ammar ini turut memohon penjelasan daripada wanita terbabit mengenai wang bantuan yang diterimanya daripada orang ramai.
Difahamkan setakat video dimuat naik wanita berkenaan, kutipan sudah melebihi RM1,000. Video bagaimanapun telah dipadam.
“Kutip duit nak buat apa?”
@ammarnadihomedeco penjelasan kebenaran part2. @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani.com @Malaysia Airlines @Emirates @Sinar Harian #muhasabahdiri #kebenaran
Katanya, pihak agensi umrah dan syarikat penerbangan ada penyediaan penginapan dan makanan sepanjang mereka terkandas.
Malah, tiket penerbangan pulang juga telah disediakan. Jadi tiada isu wanita terbabit perlu membeli tiket penerbangan balik sendiri.
@ammarnadihomedeco maka terjawap lah persoalan bagi semua… harap nilaikan wahai rakyat Malaysia .. cuma nak tanya duit yang kutip tu dengar kata banyak nak buat apa ye @chayennn6 @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani.com @Emirates @Sinar Harian @bharianmy @bernamaofficial @hotfm976_ #fyppppppppppppppppppppppp #kebenaran #muhasabahdiri #jemaahterkandas #terlajakperahubolehdiundur
♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO
Ammar turut memberikan bukti di mana jemaah Malaysia termasuk wanita berkenaan selamat menaiki penerbangan pulang dan dijangka tiba pada 9 malam.
“Dia dah block saya, video pun dah diturunkan”
@ammarnadihomedeco part 3.. semoga terjawap. @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani.com @Sinar Harian @Emirates @Malaysia Airlines #terlajakperahubolehdiundur #kebenaran #fyppppppppppppppppppppppp
♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO
Dalam masa yang sama, dia menasihati wanita berkenaan supaya tidak menjadikan isu seperti ini bertujuan untuk meraih pengikut.
Katanya, dakwaan tidak benar telah membusukkan nama syarikat agensi umrah dan syarikat penerbangan yang terlibat.
Pssttt! Dalam situasi melibatkan bantuan orang ramai, kejujuran sangat penting supaya kepercayaan masyarakat tidak disalahgunakan. Jika benar ada salah faham, adalah lebih baik perkara ini dijelaskan secara terbuka agar tidak menimbulkan fitnah atau kekeliruan kepada orang ramai.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.



