SAVE 4.0: Rebat sehingga RM400 beli peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga

14 Dec 2023 • 4:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menerusi program Kelestarian Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) 4.0, anda layak menerima rebat sehingga RM400 bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga (RM200 untuk peti sejuk dan RM200 untuk penyaman udara). Program anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli itu merupakan kesinambungan daripada Save 3.0 yang dilancarkan pada tahun 2022.

Pemberian rebat oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, sebuah agensi di bawah kerajaan Malaysia, adalah untuk pembelian peralatan dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.

Bagi program Save 4.0, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif di bawah Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik.

Daripada laman web rasmi Save 4.0, objektif program adalah untuk:

  • Meningkatkan jumlah peralatan elektrik cekap tenaga 5 bintang dan 4 bintang di pasaran
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakan pembelian peralatan cekap tenaga yang menjimatkan penggunaan elektrik 

Individu layak untuk rebat Save 4.0

Menurut SEDA, program Save 4.0 itu akan memberi manfaat kepada 250,000 isi rumah di seluruh Malaysia. Pemohon yang berminat boleh memohon rebat antara Disember 2023 dan Disember 2024.

Untuk melayakkan diri mendapat rebat ini, pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna / Pemilik Akaun Elektrik Berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd.
  • Membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan label 4 atau 5 bintang antara Disember 2023 hingga Disember 2024
  • Satu (1) akaun utiliti hanya layak memohon satu (1) e-rebat untuk setiap peralatan elektrik yang dinyatakan & adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat

image is not available

Tebus rebat Save 4.0

Anda boleh menebus Save 4.0 melalui beberapa saluran seperti kedai fizikal yang berdaftar dengan SEDA, ataupun secara dalam talian di platform Lazada, Shopee, YouBeli ataupun PG Mall. 

Tebus di Lazada

image is not available

Tebus di Shopee

image is not available

Anda boleh menyemak peruncit yang mengambil bahagian melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Save 4.0.

[Sumber: SEDA]

Bacaan berkaitan: