Sawit Kinabalu jadi perintis Taman Teknologi Hijau

7 Jun 2024 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kumpulan Sawit Kinabalu (Sawit Kinabalu) akan menjadi perintis Taman Teknologi Hijau (GTP) di Sabah, sekali gus menyokong usaha kerajaan negeri ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan.

Bagi merealisasikan matlamat itu, Sawit Kinabalu melalui anak syarikatnya, Sawit Palm Oil Industrial Cluster Sdn Bhd (SPOIC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Nextgreen Global Berhad (NGGB) bagi penubuhan GTP.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut di ibu pejabat baharu Sawit Kinabalu di Blok B, Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Sawit Kinabalu diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Victor Ationg sementara NGGB diwakili oleh Pengarah Urusan

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Kumpulannya, Dato’ Lim Thiam Huat. Datin Stella Ambrose (Sawit Kinabalu) dan Dato’ Mohd Yusof Din (NGGB) menjadi saksi kedua-dua entiti itu.

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan menerokai dan melaksanakan aktiviti-aktiviti utama GTP seperti mewujudkan Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan (CPC), Kilang Pulpa, Loji Rawatan Air Mentah dan Dandang Stim di tanah seluas 400 ekar milik SPOIC di Sandakan.

Konsep perniagaan hijau GTP memberi penekanan kepada tenaga boleh diperbaharui, pemulihan, dan penghapusan sisa yang merupakan asas bagi ekonomi hijau, yang boleh mengurangkan risiko alam sekitar dan seterusnya memacu Sawit Kinabalu ke arah pembangunan mampan.

Terdahulu, Hajiji merasmikan ibu pejabat baharu Sawit Kinabalu dan mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.

Beliau kemudiannya menyaksikan pembayaran zakat perniagaan Sawit Kinabalu bagi 2023 berjumlah RM 800,000 daripada Victor kepada Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Mohd Dandan @ Ame Haji Alidin.

Menurut Victor, Kumpulan Sawit Kinabalu komited untuk terus menunaikan kewajiban membayar zakat perniagaan bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan pemerkasaan masyarakat, sesuai dengan keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat itu, berikutan prestasi harga minyak CPO yang dijangka meningkat pada masa akan datang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.