“Saya Ada ADHD, Bukan Bipolar” – Diana Danielle Betulkan Tanggapan Segelintir Pihak

LocalEntertainment
1 Nov 2024 • 1:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Diana Danielle telah membuat sebuah hantaran menerusi Instagram Story miliknya yang menegaskan bahawa dia tidak menghidap penyakit bipolar seperti yang telah didakwa oleh sesetengah pihak.

Diana menjelaskan bahawa dia menghidap penyakit Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan atau lebih dikenali sebagai ADHD.

Menurut pelakon itu, tuduhan yang dilemparkan kononnya dia menghidap bipolar hanyalah untuk menidakkan beberapa keputusan yang dibuat olehnya.

Untuk membetulkan tanggapan sesetengah orang tentang kesihatan mental saya, saya mempunyai ADHD. Saya bukan bipolar.

Saya tidak mempunyai episod gangguan mania seperti yang cuba diterangkan oleh sesetengah pihak.

Saya tidak mempunyai kecelaruan personaliti atau Dissociative Identity Disorder (DID), semua label yang dilemparkan untuk menidakkan pengalaman dan pilihan saya.

image is not available

Terdahulu, Diana memberitahu dia merupakan seorang pesakit ADHD sehingga membuatkan dirinya mempunyai masalah memori dan menjadikannya cepat lupa.

Pelakon itu juga memberitahu dia akan berjumpa dengan doktor pakar setiap bulan untuk mengetahui keadaan dirinya.

image is not available 2 days ago

"Saya Dah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin" - Diana Danielle

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved