‘Saya akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah’ - Fahmi

Politics
30 Jan 2023 • 12:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi Fadzil - Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sebuah hantaran tular yang mendakwa beliau mengarah sebuah organisasi media tempatan untuk ‘gam’ sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN).

Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan hantaran tersebut di media sosial.

“Fitnah. Saya akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Pada Sabtu, tular sebuah hantaran yang mendakwa bahawa Fahmi mengarahkan sebuah organisasi media tempatan supaya tidak menyiarkan sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada PN.

Hantaran tersebut turut mendakwa tindakan ‘gam’ individu-individu tersebut berikutan tindak balas terhadap kelantangan Menteri Besar Kedah yang mengkritik Fahmi dan menteri.

Selain itu, hantaran itu juga mendakwa wartawan-wartawan untuk media organisasi berkenaan dibenarkan membuat liputan terhadap ketiga-tiga Menteri Besar terbabit namun bahan berita tersebut tidak disiarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved