‘Saya Akan Berehat Sementara Daripada Politik’ – Mohamed Azmin

Politics
13 Feb 2023 • 10:53 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamed Azmin Ali - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan beliau kini berehat seketika daripada politik bagi memberi tumpuan kepada perancangan baharu.

Bagaimanapun, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau akan tetap meneruskan khidmat kepada negara dan rakyat.

“Kepada semua rakyat Malaysia. Saya akan berehat sementara daripada kerjaya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan mahu kembali membuang perancangan sewajarnya.

“Namun begitu, kesungguhan saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak pernah hilang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu, Mohamed Azmin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak disandangnya sejak 2004 apabila tewas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pertembungan lima penjuru itu, Amirudin, iaitu calon Pakatan Harapan (PH) memperoleh 72,267 undi dengan majoriti 12,729 undi, manakala Azmin (PN) (59,538 undi), Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional) (30,723 undi), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Gerakan Tanah Air) (2,223 undi) dan Zulkifli Ahmad (Bebas) (675 undi).

Namun, media baru-baru ini melaporkan, wujud spekulasi bahawa PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi berkata, peluang sentiasa terbuka kepada Mohamed Azmin yang sememangnya pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor itu. – Getaran, 13 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved