“Saya Akan Kurung Siapa Ceroboh Masuk Rumah Saya” – Jungkook BTS Beri Amaran

LocalEntertainment
2 Sep 2025 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anggota BTS, Jungkook, menegaskan tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang menceroboh kediamannya di Seoul. Menurutnya, rumahnya dipasang kamera litar tertutup (CCTV) dan setiap pergerakan akan dirakam.

Tegasnya,

Saya akan kurung anda dan serahkan kepada polis. Kalau tak mahu dibawa ke balai, jangan pecah masuk.

Kenyataan itu dibuat selepas seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditahan kerana cuba meloloskan diri melalui pintu parkir sebaik polis tiba. Wanita itu mendakwa dirinya keluarga Jungkook, namun penyanyi itu menyifatkan tindakan berkenaan sudah melampau.

image is not available

Untuk rekod, dua kes pecah masuk melibatkan rumah Jungkook telah direkodkan tahun ini, termasuk insiden pada Jun lalu membabitkan seorang wanita warga China.

image is not available 2025-07-24 10:32:45

"Kita Tak Dilahirkan Sempurna" - Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Pendorong