Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikrar untuk meneruskan usaha ‘bunuh’ bola sepak tanah air.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) di IG Storynya dimana usahanya itu sudah lama direncanakan sejak dahulu lagi.
‘Bunuh’ bola sepak tanah air

Susulan itu, TMJ menyeru kepada semua penyokong bola sepak di Malaysia untuk bersatu padu bagi menghentikan agenda tersebut.
“Bukan musim ini. Pada masa akan datang. Sebagai pembunuh bola sepak tanah air dari dulu saya dah banyak kali katakan yang saya akan terus membunuh bola sepak tanah air.
“Dah 11 tahun saya merosakkan bola sepak tanah air dalam setiap aspek. Saya menyeru kepada semua penyokong bola sepak tanah air bersatu padu dan beramai-ramai hentikan agenda saya. Terima kasih dan semoga berjaya,” tulis TMJ.

Bagaimanapun, jika dilihat secara menyeluruh, kata-kata TMJ lebih kepada sarkastik yang mahu memberi cabaran kepada pasukan di dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk menghentikan dominasi JDT dalam saingan liga tempatan.
Mana tidaknya, pasukan JDT pernah meraih double quadruple selepas muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
Sumber: Instagram @TMJ
The post “Saya Akan Terus ‘Bunuh’ Bola Sepak Tanah Air” – TMJ appeared first on Borak Daily.


