Saya anak paling bertuah, ada ibu hingga usia 62 tahun – Mukhriz

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 8:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya anak paling bertuah, ada ibu hingga usia 62 tahun – Mukhriz

PUTRAJAYA – “Saya anggap diri ini sebenarnya antara anak yang paling bertuah kerana pada usia 62 tahun pun sehingga pagi tadi masih mempunyai ibu dan juga seorang ayah.”

Itu luahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk daripada luar negara yang menyampaikan salam takziah susulan pemergian bondanya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, hari ini.

Menurut Mukhriz, pemergian ibunya pada usia 100 tahun merupakan satu nikmat dan tuah yang amat bermakna bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada negara.

“Saya anggap itu satu tuah yang sangat-sangat bermakna bukan hanya pada keluarga kami, Insya-Allah juga bagi negara kerana Tun Siti Hasmah sebenarnya seorang yang sentiasa utamakan khidmat bagi rakyat dan bagi negara.

“Sampai ke saat-saat akhir, dia masih lagi memikirkan soal masa depan kita,” katanya ketika ditemui selepas upacara pengebumian Tun Siti Hasmah di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Saya anak paling bertuah, ada ibu hingga usia 62 tahun – Mukhriz appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved