“Saya Anggap Ia Pujian..” – Dikatakan ‘Kembar’ Lisa BP, Penyanyi Malaysia Ini Teruk Dikritik Netizen

17 Oct 2023 • 5:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sesiapa sahaja yang mempunyai wajah mirip dengan idola K-Pop popular pastinya akan senang mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini, penyanyi Malaysia Jeryl Lee Pei Ling yang merupakan pemenang program muzik Cina “The Next 2023”, telah semakin dikenali ramai kerana wajahnya yang dikatakan mirip Lisa BLACKPINK.

Bagaimanapun, wanita berusia 23 tahun itu telah dikritik netizen Cina kerana dia dilihat menekan butang ‘like’ pada gambar persembahan Lisa di Crazy Horse, Paris. Malahan, ada yang meminta agar Jeryl dilarang untuk muncul dalam siaran TV di Cina.

image is not available

Respon Jeryl di Instagram mengenai kritikan tersebut,

Saya berasa sangat tidak berdaya. Saya Pei Ling. Saya akan menganggap orang kata wajah saya serupa Lisa sebagai satu pujian tetapi saya dan rakan-rakan saya tidak pernah fikir saya menyerupai Lisa. Tetapi orang yang pertama kali bertemu dengan saya mungkin menganggap kami kelihatan sama.

Haihh..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.