‘Saya bacakan Hang Tuah bila Dr. Kamal sembuh’ – Steven Sim

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya bacakan Hang Tuah bila Dr. Kamal sembuh’ – Steven Sim

GEORGE TOWN – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim menzahirkan rasa syukur apabila keadaan bekas pensyarahnya di Universiti Malaya (UM) kini stabil selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Steven Sim berkata, beliau telah meluangkan masa menziarahi Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus atau lebih mesra disapa Dr. Kamal di kediamannya, baru-baru ini.

Menurut beliau, Dr. Kamal telah dibenarkan pulang ke rumah selepas lapan hari menerima rawatan di hospital.

“Syukur, keadaan Dr. Kamal dah stabil. Cumanya kena jaga-jaga sikit sebab takut jatuh nanti.

“Saya kenal Dr. Kamal dah lebih 20 tahun. Masa kat UM dulu, tiap-tiap minggu saya pi jadi ‘mata’ untuk Dr. Kamal, bacakan buku semasa dia buat PhD (Doktor Falsafah).

“Sebab itu saya janji, bila Dr. Kamal sembuh nanti saya akan mai (datang) bacakan buku Hang Tuah yang saya tulis. Macam 20 tahun dulu. Untuk sekarang, Dr. Kamal rehatlah dulu,” katanya.

Jelas Steven lagi, Dr. Kamal yang mengalami masalah penglihatan turut disifatkannya sebagai insan yang luar biasa dan dikagumi ramai pelajar ketika menuntut di universiri awam terbabit.

“Siapa tak kenal Dr. Kamal ni dekat UM? Walaupun buta penglihatan, jasa dia mendidik anak-anak kita di UM cukup besar. Ramai student-student (pelajar) dia dah jadi orang hebat-hebat,” ujarnya.

Beliau berkata, ketabahan Dr. Kamal menghadapi ujian penyakit itu menjadi sumber inspirasi kepada dirinya.

“Saya mai nak bagi semangat kat Dr. Kamal. Tapi tengok dia masih tabah walaupun sedang diuji, saya rasa sangat kerdil nak dibandingkan ujian yang dihadapi Dr. Kamal.

“Dr. Kamal, jangan risau. Kami semua ada dengan Dr. Kamal dan sentiasa mendoakan Dr. Kamal.

“Nanti saya mai lagi. Kali ini bukan saja bawa buku Hang Tuah, tapi bawa semangat Hang Tuah sekali semangat juang, semangat yang tak pernah mengalah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya bacakan Hang Tuah bila Dr. Kamal sembuh’ – Steven Sim appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved