“Saya Bangga Awak Tolak Tawaran RM1.2 Juta Itu” – Suami Atikah Suhaime

LocalEntertainment
10 Aug 2025 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Datin Atikah Suhaime menunjukkan prinsip yang kukuh apabila menolak tawaran menjadi duta sebuah jenama besar dengan bayaran sebanyak RM1.2 juta.

Hal itu dikongsi oleh suaminya, Datuk Lokman Teh, yang amat kagum dengan pendirian isterinya yang tidak terpengaruh dengan wang ringgit.

Lokman menceritakan bahawa Atikah tidak memberitahunya tentang tawaran tersebut dan memilih untuk menolaknya kerana jenama itu dimiliki oleh pihak yang berkait.

Saya bangga dengan awak sebab tolak tawaran RM1.2 juta untuk jenama itu.

image is not available

Atikah menjelaskan bahawa dia tidak akan bersubahat dengan tindakan kejam terhadap penduduk Palestin. Meskipun tawaran tersebut menggiurkan, Atikah lebih memilih untuk terus berpegang kepada prinsip dan menerima tawaran dari jenama tempatan yang lebih sesuai dengan nilai-nilai Islam.

Lokman juga berkongsi bahawa selepas menolak tawaran tersebut, Atikah menerima pelbagai tawaran duta lain dan rezekinya terus mencurah-curah.

image is not available 2025-07-14 12:23:12

"Semua Dia Punya LV, Gucci. Sejak Itu Suami Saya...." - Ajar Suami Hidup Serba Sederhana, Ramai Netizen Setuju & Puji Atikah Suhaime