'Saya bangga persembahan pemain' - Cklamovski

LocalFootball
10 Jun 2025 • 11:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harimau Malaya berjaya menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski berbangga dengan persembahan dipamerkan para pemainnya selepas membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Menurutnya, kemenangan itu bukti kesungguhan dan fokus pemain dalam sesi latihan yang dibayar dengan kemenangan berharga.

"Saya bangga dengan persembahan pemain dan kami lakukan untuk Malaysia dan untuk penyokong.

"Persembahan pasukan penentu kemenangan ini. Pemain berlatih dengan gigih.

"Atmosfera di stadium dan sokongan penyokong seluruh negara sememangnya sangat menakjubkan," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Malaysia menerajui Kumpulan F dengan enam mata hasil dua kemenangan manakala Vietnam di tempat kedua dengan tiga mata.

Laos pula di kedudukan ketiga juga dengan tiga mata dan Nepal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved