
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon jelita, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean telah menyentuh hati orang ramai selepas memberikan ucapan istimewa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Era FM, Ayden meluahkan rasa kagum terhayadap Saddiq yang disifatkan sebagai bukan sahaja hebat seperti ‘Ironman’, malah juga berpotensi menjadi seorang penyampai radio.
Hai uncle Syed Saddiq. Saya cuma nak cakap yang uncle sangat cool kat radio.
Bukan setakat Ironman saja, tapi uncle boleh jadi penyampai radio juga. Saya bangga sangat dengan uncle.
View this post on Instagram
Ucapan Ayden itu jelas menyentuh hati Saddiq, yang dilihat tersenyum dan sebak mendengarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh mendengar ucapan yang penuh bermakna itu.


Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
"Bukan Ayden Yang Terinspirasi Daripada Saya, Sebaliknya Saya Yang Terinspirasi Dengannya" - Syed Saddiq
The post “Saya Bangga Sangat Dengan Uncle” – Syed Saddiq Terharu Dengar Ucapan Istimewa Daripada Anak Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



