
Mangsa kedua keropok beracun iaitu Muhammad Luth Syauqi hari ini disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 1.24 tengah hari.
Muhammad Luth menyusul pemergian abangnya, Muhammad Akil Syauqi yang meninggal dunia kelmarin selepas kritikal akibat termakan keropok mengandungi racun tikus.
Memetik laporan Berita Harian, ketika kanak-kanak itu sedang nazak, ibunya iaitu Nurain Hasnorizal sempat membisikkan kata-kata hiba meredai pemergian anaknya.
Pergilah adik… bermain dengan abang di syurga.
Menurut Nurain, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan sejak semalam berikutan keadaan anak bongsunya yang tiada tindak balas.

Sama seperti arwah abang, dia juga dibenarkan berada dengan Luth sehingga nafas terakhirnya. Sebagai ibu, dia reda dengan takdir Allah SWT dan mendoakan semoga anaknya pergi dengan mudah.
Berulang kali saya menyapu air mata yang mengalir di pipi Luth. Ketika itu, saya membayangkan saat mereka bermain-main di rumah.
Ketika hayat, mereka gemar bergurau… dan saya membayangkan Akil sedang menarik tangan Luth ke syurga.
Wanita berumur 25 tahun ini berharap kes ini dapat dijadikan pengajaran oleh semua orang. Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan mereka sekeluarga.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Berita Harian
