“Saya Belajar Bahasa Inggeris” – 4 Tahun Berehat Selepas Kes Buli, Kim Jisoo Umum Akan Kembali Berlakon

26 Aug 2024 • 12:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 4 tahun berehat, Kim Ji-soo nampaknya akan kembali menemui penonton sebagai pelakon.

Baru-baru ini, Ji-soo telah memuat naik video baru bertajuk ‘Movie Vlog Documentary EP. 01 The End of Tunnel’ yang dimuat naik di saluran YouTube peribadinya.

Dalam video itu, lelaki tersebut sepertinya memberi bayangan tentang kemunculan semulanya dengan berkata,

Banyak yang telah berlaku dalam empat tahun yang lalu. Saya dah selesai berkhidmat dalam tentera dan menyelesaikan salah faham dengan rakan-rakan yang bercakap tentang isu yang melibatkan saya. Sekarang, saya perlahan-lahan bersedia untuk mula semula.

Kemudian, Ji-soo turut meluahkan impiannya,

Saya ingin cuba berlakon dalam bahasa Inggeris. Semasa perkhidmatan awam, saya juga belajar bahasa Inggeris. Industri telah menjadi global hari ini jadi saya ingin mencabar sesuatu seperti filem atau siri global dalam bahasa Inggeris. Jika saya mempunyai peluang, saya ingin mencubanya.

Fighting Kim Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.