Saya Belum Sedia Nak Kembali Mengarah – Pierre Andre 

Movie
13 Jun 2022 • 7:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Biarpun telah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya seninya sebagai pelakon dan pengarah, namun nama Pierre Andre masih belum hilang atau padam daripada ingatan industri perfileman tanah air. 

Bahkan, anak kepada pelakon veteran, Khatijah Tan ini masih lagi diburu pihak produser untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah.

image is not available

Sewaktu ditemui Getaran baru-baru ini, Pierre mengakui bahawa dia masih mendapat tawaran untuk mengarah filem. 

“Tapi, saya belum lagi sedia untuk kembali mengarah,” jelasnya. 

Menurutnya lagi, dia sendiri tidak tahu mengapa dia masih lagi belum bersedia untuk kembali. 

image is not available

“Entahlah, hati saya belum terbuka lagi. Rasa teruja untuk mengarah pun masih belum ada lagi. Tengoklah macam mana,” katanya. 

Beberapa rakan industri seperjuangan daripada industri perfileman pula mengharapkan agar dia akan kembali mengarah suatu hari nanti. 

Salah seorang daripadanya adalah Ellie Suriaty Omar yang memintanya supaya jangan berhenti mengarah kerana dia punya potensi besar untuk menjadi pengarah yang hebat suatu hari nanti.

image is not available

Sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada industri perfileman, Pierre telah mengarah sejumlah 20 filem tempatan untuk beberapa rumah produksi. 

Antaranya adalah ‘9 September’, ‘I’m Not Single’, ‘Aku, Kau dan Dia’, ‘Jangan Tegur’, ‘1 Lawan Satu’, ‘Highland Tower’, ‘Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang’, ‘Muka Surat Cinta’ dan ‘Kecoh! Primadona Kena Hantu’. - Getaran, 13 Jun 2022

Gambar: Pierre Andre FB