“Saya Bersifat Terbuka Jika Punca Rezeki Dari Mana-Mana Industri Demi..” – Hafidz Roshdi

Entertainment
8 May 2023 • 9:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pelakon, Hafidz Roshdi terpalit dengan kontroversi panas apabila didakwa berlaku curang dengan isterinya, Nurul Shuhada.

Lebih mengejutkan, Hafidz yang bebas daripada sebarang gosip sebelum ini didakwa memukul isterinya sehingga dibicarakan di mahkamah.

Terbaru, pelakon ini memuat naik luahan di Instagram menyatakan tahap kesihatan dan semangat dirinya sudah semakin pulih.

Dia juga telah bersedia untuk kembali bertugas demi menunaikan tanggungjawab terhadap dua orang anaknya.

Ujar bekas peserta Hero Remaja ini, jika pihak industri masih mempercayai mutu kerja darinya, dia boleh dihubungi menerusi nombor yang tertera di profil.

Pelakon ini berharap dapat menjalani hidup seperti sebelum ini dan percaya isu peribadi yang tersebar diadili tanpa menjejaskan kerjanya.

Kredit: Instagram Hafidz Roshdi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.