“Saya Bertanggungjawab..” – Ramai Ahli EXO Didakwa Keluar Agensi, Suho Tenangkan Peminat

Music
19 Oct 2023 • 9:55 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kemalrin, D.O. atau Do Kyung-soo dari kumpulan EXO mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan SM Entertainment dan menyertai agensi baru, ‘Company SooSoo’.

Walaupun diumumkan bahawa idola itu akan meneruskan aktiviti bersama EXO di bawah syarikat lama tesebut namun ada segelintir peminat yang meluahkan rasa risau sekiranya mereka sukar untuk melihat aktiviti berkumpulan selepas ini.

Seperti memahami kerunsingan peminat, Suho yang merupakan ketua kumpulan EXO memuat naik pesanan di laman peminat Bubble bagi menenangkan semua.

Jangan khuatir tentang aktiviti EXO, Suho akan bertanggungjawab. Kita adalah satu.

Sejak awal tahun ini, EXO dilanda dengan pelbagai khabar angin berkaitan kontrak apabila pada awalnya Chen, Baekhyun dan Xiumin telah menfailkan saman buat agensi mereka untuk memastikan ketelusan bayaran. Pun begitu, mereka berjaya menyelesaikan konflik berkenaan dan terus bekerjasama bersama SM Entertainment hingga kini.

Manakala baru-baru ini, Sehun dan Chanyeol juga turut dikatakan bakal membina sebuah agensi baru bersama bagi menguruskan aktiviti solo mereka namun hal itu dinafikan oleh agensi gergasi berkenaan tak lama kemudian.

Semoga yang terbaik buat EXO dan EXO-L!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.