“Saya Boleh Lafaz Cerai Hari Ini Tapi Dia Datang Haid” – Suami Zehra Zambri

LocalFamily & Parenting
13 Aug 2025 • 3:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemelut rumah tangga penyanyi Zehra Zambri bakal berakhir apabila Mahkamah Tahkim memutuskan tiada persefahaman antara beliau dan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Menurut Iqwan, keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan secara berasingan selama dua jam gagal menemui jalan penyelesaian. Katanya,

Menerusi Majlis Tahkim kami berbincang secara berasingan. Apabila tiada jalan penyelesaian, keputusannya adalah bercerai. Ia dibuat selepas berbincang dan mengemukakan bukti kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat untuk proses Hakam Islah. Iqwan menjelaskan lafaz cerai akan dilakukan pada 20 Ogos kerana Zehra berada dalam keadaan haid. Ujarnya lagi,

Saya boleh lafaz cerai hari ini, tetapi dia datang haid.

image is not available

Berhubung dakwaan culas memberi nafkah, Iqwan menegaskan,

Saya tiada komen tentang hal itu. Dia sendiri tahu saya sudah bayar. Saya ada bukti tidak culas memberi nafkah.

Mahkamah menasihatkan mereka agar tidak berbalah dan semua tuntutan selain alasan tiada persefahaman digugurkan.

image is not available 2025-08-13 11:25:26

'Ghaib' Tak Balas Mesej, Zehra Zambri Maklum Suami Tak Dapat Dihubungi Lepas Minta Nafkah Anak