“Saya Bukan Nak ‘Judge’ Siapa-Siapa..” – Fazura Enggan Mengeluarkan Tudung Bertemakan Palestin, Bertegas Bukan Prinsip Dirinya

7 Nov 2023 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selebriti terkemuka, Fazura atau nama penuh Nur Fazura Shariffuddin menolak permintaan peminat untuk mengeluarkan tudung yang bertemakan Palestin walaupun akan mendapat sambutan lagi-lagi semasa isu peperangan yang ada di sana sekarang.

Menurutnya, hal itu bertentangan dengan prinsipnya sebagai orangan usahawan tudung. Baginya hal mendermakan seluruh hasil kepada rakyat Palestin itu agak mustahil memandangkan setiap bisnis mesti ada keuntungan yang mahu diperolehi selepas mengeluarkan modal dan sebagainya.

Saya bukan nak judge siapa-siapa tapi saya pelik.

Boleh je saya keluarkan tudung dan bagi seratus peratus keuntungan kepada mereka tapi ada ke orang nak buat macam tu?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Bukan itu sahaja, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini juga berkongsi dirinya pernah mengeluarkan tudung bertemakan Raudhah yang didedikasikan kepada para Shuhada di Palestin namun dia enggan mengwar-war kan perkata tersebut kepada umum.

Baginya, sebarang sumbangan yang dibuat tidak perlu dipaparkan kepada siapa-siapa. Cukup hal itu hanya diketahui oleh dirinya dan yang Maha Esa sahaja.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

"Dear 'Victim', Jangan Cabar Sabar Dan Diam I Sejak 9 Bulan Lepas" - Fazura 'Warning' Siapa Tu?