Selepas video isteri tidak bertudung tular di TikTok, pempengaruh Prince Syed tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku. Menurutnya, kejadian tersebut tidak disengajakan dan berpunca daripada telefon peribadinya yang digunakan oleh anak-anak di rumah.
Prince Syed berkata, beliau dan isteri ketika itu sedang menghadiri satu majlis rumah terbuka di Setia Alam tanpa membawa anak-anak, yang ditinggalkan bersama ibu beliau. Telefon peribadi yang tidak berkunci diberikan kepada anak-anak untuk menonton YouTube dan permainan, menyebabkan kemungkinan video lama dalam draf TikTok terbuka dan terpapar secara tidak sengaja.
“Tengah seronok tiba-tiba ada yang jumpa dan beritahu pasal video ni. Terkejut jadinya,” katanya.
Beliau memaklumkan kakaknya segera bergegas pulang ke rumah untuk menghentikan penyebaran video tersebut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Saya sedih hari ini , ada kejadian tak di duga terjadi , kami baru jer habis menghadiri Majlis Open House @sitijamumall @A B I E J A M kat setia alam , tgh seronok tiba2 ada yang sampaikan pasal isu VIDEO VIRAL yang ada ternampak rambut wife saya , saya ke majlis ni tanpa bawa anak2 dan tinggalkan bersama ibu saya di rumah , so fon peribadi mmg selalu bagi anak2 buat main untuk tgk yutub dan tgk labubu minecraftt dan apa yang mereka suka , sebab tu fon peribadi sy tu x de password utk senang budak2 ni nk tgk dan main fon , tgh seronok kat open house tiba2 ada yang jumpa dan bgtau pasal video ni , terkejut jd nya , kakak sy yg seharusnya ada dalam majlis open house ni , terus bergegas balik utk hentikan video tersebut dari tersebar lebih luas , ya Allah dugaan apakah ini , aduhai dugai anak2 ku , camne boleh terbukak draf tiktok yg daddy dan mummy simpan untuk kenangan itu semua video private kami , x sangka tersebar dengan laju minta jasa baik untuk hentikan dan saya x izinkan untuk di sebarkan atau diviralkan ya. Sebab sy menjaga aurat isteri saya sentiasa , saya bukan suami yg nk bawa isterk ke lembah neraka dan sekrng pon rambut isteri sy sudah berwarna hitam ya , bukan blond mcm dlm video tu sebab itu video setahun/2tahun lepas masa tu wife teringin sgt nk rambut cantik , so skrng wife x de pergi saloon lain hanya pergi saloon muslimah sebab kita nak jaga segala batas aurat dan nak jadi lebih baik dari sebelun ni tolong hentikan
Menurut Prince Syed, video tersebut merupakan rakaman lama, sekitar satu hingga dua tahun lepas, ketika isterinya masih berambut blond. Kini, isterinya sudah berambut hitam dan hanya mengunjungi salon Muslimah untuk menjaga batas aurat.
“Saya menjaga aurat isteri saya sentiasa. Saya bukan suami yang mahu membawa isteri ke lembah neraka,” katanya lagi yang juga menegaskan bahawa video tersebut merupakan koleksi peribadi yang disimpan sebagai kenangan.
Dalam pada itu, beliau berharap agar semua pihak tidak terus menyebarkan atau memviralkan video tersebut atas dasar menjaga maruah keluarga.
The post ‘Saya bukan suami bawa isteri ke neraka’ – Prince Syed rayu netizen hentikan tularkan video appeared first on The Reporter.



