‘Saya cabar awak call polis!’ – Lelaki bengang dihalau dari Koc Wanita

22 Jul 2024 • 5:14 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Umum mengetahui Transit Aliran Massa (MRT) menyediakan koc khas untuk golongan wanita yang bertujuan melindungi penumpang wanita daripada berlakunya sebarang kejadian jenayah yang tidak diingini.

Walaupun sudah lama dilaksanakan, masih ada penumpang lelaki yang tidak mengendahkan dan mengingkari peraturan tersebut.

Seperti dalam video yang tular baru-baru ini di TikTok. Seorang penumpang wanita muda menegur lelaki yang memasuki koc wanita.

Berang dengan teguran itu, lelaki tersebut menegaskan dia tidak mahu keluar dan mencabar pengadu menghubungi pihak berkuasa untuk menahannya.

Kekecohan itu turut disaksikan oleh beberapa penumpang lain, termasuk isteri dan anak perempuan penumpang lelaki berkenenaan..

“Diamlah! Panggil polis untuk tangkap saya! Marilah! Panggil polis tangkap saya! Saya cabar awak hubungi polis! Awak ni mengarut!

“Anak saya masih kecil, dan awak suruh saya tinggalkan anak saya bersendirian di koc ini?!” kata lelaki berkenaan.

Pengadu menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya dia menjelaskan tiga sekeluarga itu boleh beralih ke koc lain.

Sehinggalah kakitangan MRT datang dan menjelaskan kepada lelaki itu bahawa peraturan tersebut perlu dipatuhi, memandangkan ianya sudah dilaksanakan sejak sekian lama.

image is not available

Tinjauan di media sosial pula mendapati, ada netizen yang menyebelahi lelaki itu yang menurut mereka dia hanya berdiri di sempadan koc wanita untuk memantau anak perempuannya yang berada di dalam koc tersebut.

Namun, netizen lain pula menegaskan, peraturan tetap perlu dipatuhi dan alasan sedemikian tidak boleh digunakan semata-mata mahu mengelak daripada bertanggungjawab.

image is not available

image is not available