“Saya Chow Dulu Dari Media Sosial, Toksik!” – Shila Amzah Rehat Dari Medsos, Merajuk Dikecam Pakai Baju Sendat?

11 Sep 2023 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Shila Amzah memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu.

Menerusi Instagram story, Shila menjelaskan dia berbuat sedemikian kerana merasakan media sosial ini sebuah platform yang toksik buat dirinya.

Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu, ia telah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya.

image is not available

Isteri kepada Ubai itu tidak menjelaskan secara terperinci apakah punca dia membuat keputusan itu namun ia dipecayai kerana kemunculannya di Konsert HausBoom Music 2023 yang berlangsung semalam.

Difahamkan, Shila telah menerima kritikan ramai yang berpendapat pakaiannya tidak sesuai dengan penampilan wanita bertudung.

Mereka ini menyifatkan pemakaian Shila menampakkan bentuk perutnya apabila jaket merah jambu dipakai ditiup oleh angin.

image is not available

Ini bukanlah kali pertama Shila Amzah dikritik membabitkan pemakaiannya malah sebelum ni pelantun lagu Patah Seribu itu turut diperli kerana memakai gaun ketat ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.

image is not available 4 weeks ago

"Nak Lawan Mekap Kak Shila Ke" - Bibir Merah & Bedak Tebal, Ramai Rasa Wajah Ubai Nampak Lain

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved