“Saya Cinta..” – Puaskan Hati Peminat, Kim Jongkook & Song Jihyo Selesa Berpelukan Atas Pentas

EntertainmentMusic
7 Jul 2024 • 1:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya ramai yang mahu Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook berpasangan.

Kelmarin, telah berlangsung perjumpaan peminat “Running Man” iaitu ‘RUN 2 U’ di Manila, Filipina. Kesemua ahli rancangan itu dilihat menyertai acara berkenaan dan turut mengadakan pelbagai persembahan dan permainan.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah persembahan antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo di mana mereka menyanyikan lagu cinta selain turut beraksi mesra. Liriknya berbunyi,

Saya merasakan ini cinta, saya cintakan awak.

Rata-rata peminat di dalam arena itu memberikan sorakan gemuruh apabila melihat kedua mereka tidak segan berkelakuan intim di hadapan semua.

Mana tau jadi kenyataan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.