“Saya Cintainya..” – Kenalkan Bakal Isteri, Kim Heechul Akan Tamatkan Zaman Bujang?

Music
23 Oct 2023 • 9:59 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Adakah Kim Heechul akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya?

Terbaru dalam siaran 22 Oktober program “My Little Old Boy”, ahli Choi Jin-hyuk, Hun Kyung-hwan, Tak Jae-hoon dan Kim Jong-kook telah dijemput ke majlis ‘perkahwinan’ Kim Heechul.

Setibanya mereka di dewan perkahwinan, kesemua ahli terkejut melihat gambar ahli Super Junior itu yang memenuhi ruang dewan.

Tak lama kemudian, Kim Heechul sebagai pengantin lelaki telah muncul dalam sut merah dan mula keluar menyapa tetamu sambil berkata,

Terima kasih. Terima kasih banyak kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan saya. Saya kenalkan pengantin perempuan dulu.

Selepas mendengar pengumuman itu, semua perhatian mula tertumpu kepada lelaki tersebut dan Kim Heechul mendedahkan,

Inilah pengantin perempuan yang saya cintai sepanjang hidup saya.

Membuatkan ramai tertawa, lelaki itu memperkenalkan bahawa pengantin perempuan juga adalah dirinya sendiri,

Hello, saya pengantin Kim Heecul, Kim Heechul.

Lahh, boleh pula kahwin dengan diri sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved