“Saya Cipta Lagu ‘Bukti’ Untuk Isteri Tapi Selepas Itu Saya Berubah & Curang” – Virgoun Bakal Fail Cerai

Music
3 May 2023 • 11:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas isterinya, Inara Idol Rusli membuat pendedahan tentang kemelut rumah tangga dan kecurangannya, penyanyi negara seberang, Virgoun telah tampil meminta maaf.

Menerusi video dimuat naik olehnya, Virgoun mengaku kesalahannya bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kenyataan isterinya itu.

image is not available 1 minggu lalu

Langgan P*lacur & Berzina Siang Hari Di Bulan Ramadan, Isteri Penyanyi Dedah Kecurangan Sejak Dua Tahun Lalu

Penyanyi berusia 36 tahun itu akui risau jika dia memberi kenyataan, ia akan melukakan hati anak-anak mereka apabila semua sudah boleh membaca di masa akan datang.

Virgoun turut menangis teresak-esak ketika membuat penjelasan menerusi video yang dimuat naik di Youtube itu sambil mengakui menyesal kerana tidak tegas dan tidak jujur.

Umum mengetahui saya ciptakan lagu Bukti buat isteri pada 2017. Tetapi selepas itu saya berubah dan curang terhadap isteri.”

Dalam pada itu, peguamnya, Sandy Arifin berkata anak guamnya tetap bekerja seperti biasa dan kini sedang bersedia untuk melakukan persembahan.

Katanya, meskipun bersedih namun dia masih perlu bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk selesaikan tuntunan kerja.

Pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga dikhabarkan tetap dengan pendirian mahu berpisah dengan isterinya.

Keputusan untuk bercerai juga sukar buatnya namun proses perundangan perlu dilakukan. Kami akan failkan pada minggu hadapan.”

image is not available