“Saya Cuba Bantu Apa Yang Boleh..” – Datuk Red Diisytihar Muflis, Adira Suhaimi Hanya Mampu Tolong Beri Sokongan

27 Mar 2024 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019.

Beri sokongan selagi boleh

Walaupun dilanda masalah keluarga dan di ambang perceraian, penyanyi ini masih ingin memberi sokongan kepada Datuk Red selagi suaminya itu masih ingin berusaha untuk mencari penyelesaian dan rezeki.

Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha. Saya akan sentiasa sokong.

 

Saya cuba bantu apa yang boleh antaranya adalah bagi dia semangat.

Berharap orang ramai beri semangat

Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut meminta orang ramai untuk memberi semangat pada Datuk Red dan tidak mengecam atau menghakimi suaminya itu lagi-lagi di masa susah sekarang ini.

Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulillah. Jangan bagi dia down lagi, harap semua orang bagi dia semangat.

 

Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan sebuah kenyataan yang mengejutkan orang ramai apabila dirinya diisytihar muflis sejak lima tahun dahulu dan tiada lagi punca pendapatan. Difahamkan juga, Adira perlu menanggung kehidupan keluarganya kerana Datuk Red yang tidak bekerja.

image is not available 4 hours ago

Hutang Cecah 5 Juta, Datuk Red Dedah Adira Banyak Bantu Sejak Muflis Tahun 2019 - "Lima Tahun Dia Tanggung Biawak Hidup"