'Saya cuba call & mesej, tapi gagal' – Yusuf Bahrin luah sebak, last contact dengan Zizi Kirana 1.40 pagi

WorldPolitics
2 Oct 2025 • 10:38 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TIADA yang lebih meruntun jiwa seorang suami selain terputus hubungan dengan isteri tercinta di saat getir.

Itulah yang dirasai pelakon Yusuf Bahrin apabila komunikasi terakhir bersama isterinya, penyanyi Zizi Kirana, terhenti sekitar jam 1.40 pagi.

Lebih memilukan, Zizi ketika itu berada di atas kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju G4z4 sebelum ditahan oleh Pasukan Pertahanan Isr4el (IDF).

Sejak talian terputus, Yusuf tidak lagi dapat menghubungi isterinya walaupun berkali-kali mencuba.

“Kita sama-sama tak tidur malam ini. Saya rasa dia dah buang telefon sebab langsung tak dapat hubungi lagi. Saya cuba mesej, cuba telefon, tapi gagal.

“Kali terakhir status kapal yang dinaiki Zizi ditandakan kecemasan. Masa itu saya hanya mampu doa dan kuatkan semangat di sini.

"Kali terakhir berhubung pun 1.40 pagi tadi. Kapal Heliza di belakang, jadi sebab itu dia masih sempat buat siaran langsung,” katanya sebak.

image is not available

Yusuf juga menjelaskan, berdasarkan penjejak digital (tracker), kapal Zizi berada dalam situasi kecemasan sebelum talian terputus.

Dia bagaimanapun memaklumkan, kapal lain seperti Hadi Izzah dan beberapa lagi masih sempat membuat siaran langsung kerana berada di posisi lebih belakang.

“Saya cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat. Doakan mereka semua. Saya tak dapat lagi nak hubungi dia selepas itu, memang 1.40 pagi itulah mesej terakhir,” ujarnya.

DUNIA MASIH PRIHATIN

Menggambarkan suasana di G4z4, Yusuf menyifatkan kedatangan flotila sebenarnya sangat dinanti-nantikan penduduk tempatan, walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan sebagai balasan.

“Bayangkan, mereka dah tunggu di tepi pantai, termasuk budak-budak kecil. Dorang tak ada apa pun, tapi tetap nak sambut flotila dengan hati terbuka.

“Mereka gembira sebab tahu dunia masih prihatin. Walaupun ramai di G4z4 tiada akses media sosial, tapi bila nampak misi ini tular di seluruh dunia, mereka sedar ada yang peduli. Itu yang buat mereka teruja menanti,” jelas Yusuf lagi.

image is not available

Menurut pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, pengalaman ini seharusnya membuka mata dunia bahawa GSF hanya membawa misi kemanusiaan, bukan provokasi atau konflik baharu.

Lelaki itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu mengadakan solat hajat dan terus mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang kini berdepan ancaman penahanan oleh tentera Israel.

Difahamkan, kapal yang dinaiki Zizi iaitu Huga telah dipintas tentera Israel, manakala dua lagi kapal iaitu Sirius dan Alma yang membawa tujuh lagi delegasi Malaysia turut ditahan dalam misi yang sama.

Sumber: Instagram hibglam.com.my