“Saya Dah Agak Akan Putus Sebab..” – Rakan Artis Dedah Bekas Teman Wanita Yoo Jaesuk

Music
4 Aug 2024 • 2:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Yoo Jae-suk telah muncul dalam satu saluran YouTube, di mana dia bersama Kim Yong-man, Ji Suk-jin dan Kim Soo-yong berborak tentang pelbagai topik.

Dalam siaran itu, Yoo Jae-suk mengimbas kembali kenangan ketika dia pergi ke rumah Kim Yong-man selepas putus cinta dengan bekas kekasih pada masa lalu. Katanya,

Pada masa itu, saya menelefon Kim Yong-man dan berkata ‘Hyung, saya baru putus cinta’. Dia suruh saya datang ke rumah dia. Saya sangat bersyukur kerana saya memang taktau nak pergi mana masa tu.

Tambah Yoo Jae-suk berseloroh,

Bila saya datang, dia terus bagi nasihat seperti ‘Awak kena belajar lebih tentang kehidupan dan cinta’, kemudian dia terus tidur. Adakah saya pergi ke sana untuk mendengar itu?

image is not available

Respon Kim Yong-man,

Ia adalah waktu tidur saya dan sejujurnya saya sudah jangka bahawa Yoo Jae-suk akan putus kerana status wanita itu terlalu tinggi berbanding dengannya.

Siapalah agaknya tu eh~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.