“Saya dah bersara berlakon TV di Malaysia..”- Peminat tak rela, mahu Fazura terus beraksi

LocalEntertainment
2 Sep 2025 • 4:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Balasan pelakon jelita, Nur Fazura terhadap hantaran dimuat naik rakan selebriti berbakat besar, Namron berjaya mencuri perhatian warganet terutama dalam kalangan peminat aktres berusia 41 tahun itu.

Menerusi hantaran dimuat naik Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan di platform Threads, aktor yang juga pengarah itu meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak melihat Fazura muncul di kaca televisyen.

“Dah lama tak tengok Fazura berlakon. Terubat juga rindu dapat tengok klip ini,” tulis Namron berserta sebuah klip pendek lakonan Fazura.

Saya dah bersara berlakon TV…

Menariknya, Fazura kemudian tampil memberi respon ringkas namun penuh makna dengan mengakui dirinya memang sudah bersara daripada berlakon drama TV tempatan.

“Betul la tu bang.. saya dah bersara dari berlakon kat TV di Malaysia,” balasnya.

image is not available

Hantaran itu pantas meraih perhatian ramai dengan rata-rata peminat meluahkan rasa rindu terhadap bakat lakonan Fazura yang pernah membintangi pelbagai drama dan filem popular tanah air.

image is not available image is not available

Malah, ada juga peminat berharap agar Fazura tidak bersara sepenuhnya kerana bakatnya masih menjadi pujaan ramai.

Malah, Namron sendiri turut berharap agar Fazura hanya meninggalkan drama televisyen, namun tetap aktif dalam lakonan perfileman.

Sumber: Threads Namron