“Saya Dah Dapatkan Rawatan..” – Hafidz Roshdi Dedah Keputusan Pemeriksaan Mental Di Hopital Bahagia

9 May 2023 • 3:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia sudah selesai menjalankan pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia.

Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz bin Roshdi berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Keadaan kesihatan saya, Alhamdulillah.

Namun, pelakon berusia 29 tahun itu mengakui dia kelihatan susut kerana berat badannya turun sebanyak lima kilogram.

Dalam bulan Ramadan, saya diet sikit. Berat saya turun dari 70 kilogram ke 65 kilogram.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Saya dah dapatkan rawatan di Hospital Bahagia sebelum Aidilfitri.

Menurut Hafidz, keputusan pemeriksaan tersebut mengesahkan kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik.

Keputusannya, saya dalam keadaan baik.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintah Hafidz untuk menjalankan penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Didakwa Gugurkan Kandungan, Shuhada Kecewa Difitnah Hafidz - "Takkanlah Saya Nak Buat, Dah Siap Bagi Nama Uwais.."