“Saya Dah Lakukan Yang Terbaik..” – Yoo Jaesuk Dedah Sudah Fikir Mahu Bersara

18 Jan 2024 • 6:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pernah terfikir tak yang Yoo Jae-suk mungkin akan bersara suatu hari nanti?

Dalam episod terbaru “Pinggyego”, Jo Jung-suk dan Jo Se-ho telah hadir sebagai tetamu dan berbincang mengenai isu persaraan. Kata hos No 1 di Korea itu,

Fikiran saya berubah-ubah. Terkadang, saya berpikir ‘selama diizinkan’, ‘asalkan masih mampu mencari dan ada kesempatan’, tetapi ada ketika saya berfikir ‘meskipun ada kesempatan, itu mungkin juga ketamakan.’ Saya perlu mempertimbangkan ini 10 tahun akan datang, kerana kesihatan saya mungkin tidak sama seperti sekarang. Itu adalah persoalan yang perlu saya fikirkan nanti.

image is not available

Jo Jung-suk turut bersetuju dengan hal itu dan menjelaskan dia juga perlu berfikir mengenai kekuatan, keluarga dan hal lain ketika bersara. Tambah Yoo Jae-suk,

Saya sudah berasa cukup sekiranya dapat menjalankan tugas saya sebaik mungkin ketika masih diperlukan.

Akhirinya,

Kalau dah melakukan yang terbaik pun tapi tak berjaya, maknanya saya akan bersara ketika itu.

Sedih kan bila tiada Yoo Jae-suk dalam industri hiburan Korea nanti..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved