“Saya Dah Penat, Biar Awak Yang Tanggung Saya” – Zarina Anjoulie Beri Bayangan Bakal Nikah Dengan Kekasih, Datuk Khazrul Elzey

Family & Parenting
8 Jan 2024 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pensohor media sosial, Zarina Anjoulie memberi bayangan bahawa dia bakal menjadi isteri tidak lama lagi.

Dia yang kini sedang hangat bercinta dengan ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey ada memaklumkan bahawa enggan lagi bekerja sebaliknya ingin mengabadikan diri sebagai isteri kepada bakal suaminya itu.

Dah penat kerja, mahu jadi suri rumah sepenuh masa

Ujarnya, dia sudah penat mengerah keringat mencari rezeki dan hanya mahu menjaga makan minum suami di rumah.

Okay papa (Khazrul) saya dah buat keputusan, saya nekad untuk tidak bekerja lagi, saya hanya mahu jadi suri rumah sepenuh masa.Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak sahaja yang tanggung saya.

Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak.

Peminat doakan yang terbaik

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar Zarina dan kekasih segera bernikah selain turut mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.

Sebelum ini, Zarina yang mesra disapa sebagai Anju itu pernah melangsungkan majlis pertunangan pada 26 Januari tahun lalu namun hubungan mereka berakhir sebulan kemudian.

Setelah itu, Anju dan Khazrul dilihat rancak berbalas kenyataan berbaur tidak kepuasan hati sebelum kembali bersatu sebagai pasangan kekasih.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

(VIDEO) "Namanya Pun Lelaki, Silap-Silap Dia R*gol Anak Dara Kita" - Rosyam Nor Beri Pendapat Rumah Pelacuran Satu Keperluan?