Susulan isu penarikan diri penyanyi Stacy Anam daripada konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku, pelbagai spekulasi mula timbul dengan isu berkenaan.
Bagaimanapun, penyanyi Didi Astillah menyatakan dia tidak mengetahui isu tersebut sehinggalah terbaca di media sosial mengenainya.
Katanya juga, dalam konsert berkenaan, dia hanya dipanggil oleh pihak penganjur untuk membuat persembahan.
“Macam contoh gambar saya ada di poster konsert atau tidak, itu semuanya hak pihak pengurusan iaitu penganjur,” katanya.
Didi yang juga merupakan adik kepada Bella Astillah turut memaklumkan dia dan Bella tiada kaitan dengan pihak penganjur.
“Saya atau pun kak Bella tak ada kena mengena dengan pihak penganjur, atau pun macam mana perjalanan acara itu dan sebagainya.
“Kita hanya menjadi salah seorang penyanyi yang bakal membuat persembahan pada A Night With Sumandak Stars,” katanya.
Dalam pada itu, katanya dalam konsert berkenaan, dia dijemput oleh penganjur untuk membuat persembahan sebagai penampilan khas.
“Saya hanya seorang artis yang dijemput sahaja untuk membuat persembahan (penampilan khas).
“Sebenarnya masa sidang media hari tu, saya ada tanya sama ada saya perlu hadir atau tidak.
“Ingatkan datang untuk berikan sokongan sahaja, tapi tak tahulah pula ada gambar saya pada poster,” katanya.
Sumber: Media Hiburan
The post ‘Saya dan Bella tak ada kena mengena dengan penganjur, hanya dijemput untuk buat persembahan’ – Didi Astillah appeared first on The Reporter.


