Itulah detik mencemaskan yang dikongsikan Farhana Ab Aziz, 23, salah seorang mangsa terselamat dalam nahas ngeri membabitkan bas pelajar UPSI di Kilometer 53, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, pada awal pagi Isnin. Menurut Farhana, dia terdengar suara pemandu dalam nada marah sekitar jam 12.45 tengah malam, tidak lama sebelum tragedi berlaku. Kredit: Sinar Harian Farhana sempat melihat pemandu dalam keadaan gelisah dan bas dipandu laju sebelum hilang kawalan. Kredit: Sinar Harian Seorang lagi mangsa, Rohadatul Aisy Mohd Zaki, 20, berkata dia tercampak ke laluan tengah bas selepas dikejutkan rakan beberapa saat sebelum kejadian. Artikel lain: Bas Baru Diselenggara Bulan Lalu, Pemandu Juga Berhemah & Tiada Rekod – Syarikat Bas Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar UPSI disahkan meninggal dunia, manakala 27 lagi cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Gerik. Pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya, 54 tahun, turut mengalami kecederaan. Difahamkan, nahas berlaku apabila bas melanggar bahagian belakang sebuah MPV jenis Perodua Alza sebelum hilang kawalan dan terbalik merempuh pembahagi jalan. Empat sekeluarga yang menaiki MPV tersebut turut cedera, namun terselamat dan sedang dirawat di Hospital Baling, Kedah. Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)“Saya tersedar bila terdengar pemandu marah-marah. Tak tahu dia marah siapa, tapi lepas itu bas terus terhuyung-hayang dan terbalik.”
Dengar suara pemandu marah-marah
“Semasa bas bergerak dari Jertih, saya tidur, tetapi sekitar jam 12.45 tengah malam, saya terjaga sebab terdengar suara pemandu marah-marah.
Butiran marah tak berapa jelas, sama ada dia marah keadaan bas atau sebab kereta di hadapan, saya tak pasti,” katanya.

pemandu marah-marah sebelum bas terhuyung hayang
“Keadaan dalam bas ramai yang pengsan. Saya dan rakan lain yang sedar cepat-cepat cari laluan terbuka untuk keluar dari bas.
Saya takut terpijak kawan-kawan lain,” katanya.

“Saya tercampak ke laluan tengah. Rasa sesak sangat nak bergerak. Kawan cuba tarik, tetapi saya tak mampu bangun.
“Selepas beberapa minit baru saya dapat kuatkan diri keluar dari bas,” katanya.

The post “Saya Dengar Pemandu Marah-Marah” -Pelajar UPSI Imbas Detik Cemas Sebelum Bas Terbalik appeared first on Borak Daily.




