‘Saya di sini mewakili negara & bendera Israel, siapa tak suka bukan masalah saya’ – Perenang Israel di-‘boo’ ketika terima pingat perak di Doha

20 Feb 2024 • 12:04 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Perenang Israel, Anastasia Gorbenko mendapat sambutan negatif daripada penonton selepas menduduki tempat kedua dalam perlumbaan bagi kategori individu 400 meter wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, Ahad lalu.

Anastasi yang menerima pingat perak dalam acara tersebut mengundang ejekan dan ada yang memberikan tepukan buatnya ketika dia ditemubual oleh wartawan selepas perlumbaan selesai.

“Saya sangat gembira dapat berada di sini dan mewakili negara saya dalam masa yang sukar ini.

“Berada di sini dengan bendera Israel bermakna banyak bagi saya dan negara saya, jadi itulah yang terbaik yang dapat saya lakukan,” katanya,

Penyertaan beliau dalam Kejohanan Akuatik Sedunia dilaporkan menimbulkan kritikan dari media di Doha dan kumpulan pro-Palestin.

Tindakan itu merupakan setelah tindak balas ketenteraan negara itu di Gaza selepas serangan oleh Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober.

Bukan kali pertama diejek

Bagaimanapun, Anastasia mengakui ini bukan kali pertama dia dikritik oleh penonton.

“Saya telah berada di sini seminggu mendengar banyak kritikan. Tetapi saya memakai fon telinga, berada dalam ‘zon’ saya. Saya di sini untuk melakukan apa yang saya suka lakukan, iaitu sukan.

“Selain itu, saya di sini untuk mewakili negara saya dan melakukan ini dengan bendera Israel. Saya bangga dengan itu. Dan sesiapa yang tidak suka, itu bukan masalah saya,” katanya.

Sumber: CNN