“Saya Diam Sebab Kena Jaga Maruah Suami” – Liana Rosli Beri ‘Hint’, Kak Nona Sahkan Sudah Fail Perceraian

EntertainmentFamily & Parenting
10 Feb 2026 • 11:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sekitar Julai tahun lalu, pengikut pempengaruh dan usahawan Liana Rosli atau Kak KM pastinya mengetahui mengenai hubungan keruh di antara dia dan kakaknya, Kak Nona.

Baru-baru ini, tular pula video Kak KM tampil membuat video pujukan kepada  Kak Nona untuk datang ke kediaman mereka di Gombak gara-gara sudah ‘putus kasih’.

Advertisement
View this post on Instagram

Seakan-akan memberi ‘hint’, Kak Nona kemudiannya mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan perceraian dengan suaminya, Muhammad Iskandar Ali pada Januari yang lalu.

Mengulas lanjut, Kak Nona berkata dia sudah tidak sehaluan dengan suami lalu mengambil keputusan untuk berpisah.

Namun begitu, Kak Nona merasa kurang senang dengan tindakan Kak KM yang terlebih dahulu mencanang mengenai kisah perpisahannya di media sosial. Ujar wanita itu, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menghebahkan perkara peribadi itu kepada umum kerana ingin menjada maruah keluarga pihak suami.

“Tak adil, saya belum sampaikan hal ini, orang lain dah canang dulu, kenapa dia perlu gembar gemburkan?” ujarnya ketika ditemui media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-10 10:29:06

Letak Nama Produk Jamu 'Fefek', Pempengaruh Akur Teguran Ibu - "Janganlah Buat Benda Yang 'Trigger' Orang"

The post “Saya Diam Sebab Kena Jaga Maruah Suami” – Liana Rosli Beri ‘Hint’, Kak Nona Sahkan Sudah Fail Perceraian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.