“Saya Dikawal Ibu Bapa…”- Brooklyn Beckham Umum Putus Hubungan Dengan Keluarga, Enggan Berdamai

EntertainmentFamily & Parenting
20 Jan 2026 • 11:33 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Konflik dalam keluarga Beckham kembali mencuri tumpuan apabila anak sulung David dan Victoria, Brooklyn Beckham, 26, mengumumkan pemutusannya hubungan dengan keluarga melalui satu muat naik panjang di Instagram.

Dalam catatan itu, Brooklyn mendakwa sudah tiba masanya mendedahkan “kebenaran” di sebalik pelbagai dakwaan ibu bapanya yang disifatkan sebagai pembohongan.

“Saya berdiam diri selama bertahun-tahun dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan perkara ini kekal bersifat peribadi.
“Namun malangnya, ibu bapa saya bersama pasukan mereka terus membawa isu ini kepada media, menyebabkan saya tidak mempunyai pilihan selain bersuara bagi mempertahankan diri dan mendedahkan kebenaran mengenai sebahagian daripada pembohongan yang diterbitkan,” kata Brooklyn.

image is not available

Brooklyn Beckham Umum Putus Hubungan Dengan Keluarga

Beliau mendakwa ibu bapanya mengawal naratif media sepanjang hidupnya, termasuk memanipulasi imej keluarga dan hubungan yang tidak tulen.

Brooklyn turut mendakwa tindakan ibu bapanya cuba merosakkan hubungannya dengan isteri, Nicola, sebelum dan selepas perkahwinan mereka pada 2022.

image is not available

“Ibu saya membatalkan penyediaan gaun perkahwinan Nicola pada saat-saat akhir dan berulang kali menekan saya untuk menandatangani perjanjian melepaskan hak ke atas nama saya.
“Keengganan saya menyebabkan hubungan kami berubah secara drastik,” katanya.

Brooklyn juga mendedahkan adik-beradiknya diarahkan menyerangnya di media sosial dan menganggap isterinya sering diperlakukan tidak hormat.

image is not available

“Hakikatnya, saya dikawal oleh ibu bapa saya dan membesar dengan keresahan melampau.
“Buat pertama kali dalam hidup, sejak menjauhkan diri daripada keluarga saya, keresahan itu hilang,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Nak Mudahkan Tetamu ‘Melabur’, David Beckham Habiskan RM52 Juta Bina Tandas

Pasangan itu kini menetap di Amerika Syarikat dan menegaskan tidak mahukan kehidupan dibentuk oleh imej atau manipulasi media.
“Apa yang kami inginkan hanyalah keamanan, privasi dan kebahagiaan untuk kami serta keluarga yang bakal dibina,” tambah Brooklyn.

Sumber: IG brooklynpeltzbeckham

The post “Saya Dikawal Ibu Bapa…”- Brooklyn Beckham Umum Putus Hubungan Dengan Keluarga, Enggan Berdamai appeared first on Borak Daily.