"Saya Dilempang Oleh Makcik Gila!" - Wanita Kongsi Pengalaman Dilempang Ketika Naik LRT

24 Feb 2023 • 11:29 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Warga kota Kuala Lumpur memang gemar menggunakan servis pengangkutan awam untuk ke suatu destinasi kerana dapat mengelak dari kesesakan lalu lintas. Namun, tanpa kita sedari ancaman bahaya boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Seorang pengguna Twitter @pei_loy berkongsi satu igauan ngeri yang berlaku tanpa diduga ketika menaiki LRT. Dia telah dilempang oleh seorang wanita asing tanpa sebab! Kejadian itu berlaku di stesen LRT Hang Tuah. Dia bersama rakannya ketika itu sedang beratur untuk keluar dari tren.

Terkesan dengan tindakan wanita tersebut, mereka menjerit dalam usaha untuk mendapat bantuan dari pihak polis yang sedang bertugas. Berdasarkan pemerhatian polis, mereka berpendapat wanita tersebut tidak waras.

Tidak tamat di situ, Pei Loy dan rakannya pergi ke platform 1 dan sekali lagi bertemu dengan makcik tersebut. Rakannya bertindak untuk menegur perbuatannya namun makcik tersebut bertindak agresif sekali lagi.

Dengan bantuan dan tindakan pantas pihak polis makcik itu berjaya ditahan. Sejurus selepas itu, meraka terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Netizen memuji tindakan pantas pihak polis dalam menjaga keselamatan para pengguna pengangkutan awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved