“Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Kelab”- TMJ Umum Undur Diri Dari JDT

9 Jun 2022 • 6:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini, (9 Jun) mengejutkan dunia bola sepak tempatan apabila mengumumkan mengundur diri daripada pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu diumumkan Tunku Ismail menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

image is not available

Menerusi kenyatan tersebut, Tunku Mahkota Johor itu memaklumkan membuat keputusan berkenaan disebabkan faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Baginda.