“Saya Faham Awak Kecewa..” – Diboikot Kerana Promosi Jenama Dikaitkan Dengan Zionis, Nadhir Nasar Beri Penjelasan

13 May 2024 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, gerakan Blackout 2024 telah dilancarkan oleh pengguna media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak menyokong artis atau pempengaruh yang masih mempromosikan produk atau jenama yang menyokong Israel.

Nadhir tampil bersuara

Salah seorang pelakon yang menerima banyak kritikan adalah Nadhir Nasar. Namun tidak cepat melatah, dia menjelaskan promosi yang dibuat itu kerana sudah menandatangani kontrak dengan jenama-jenama tersebut sebelum Oktober tahun lalu.

Kerjasama dengan jenama tersebut dibuat tahun lalu dan ia berdasarkan keadaan ketika itu.

 

Keputusan saya bekerjasama dengan mereka berdasarkan komitmen ikhlas untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya.

Boleh dikenakan penalti wang

Tambah aktor ini, keputusan untuk menamatkan kontrak sebelum tempoh itu dapat memberi kesan kepadanya. Malah, ia juga dapat membabitkan semua pihak yang terlibat dalam kolaborasi tersebut.

Usaha menamatkan kontrak sebelum tiba waktunya mempunyai kesan seperti penalti wang dan potensi tindakan undang-undang.

 

Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya malah orang lain yang terlibat dalam kolaborasi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@nadhirnasar_)

Di samping itu, Nadhir turut berkata dia menerima pandangan orang ramai dengan hati yang terbuka dan memberi jaminan akan menggunakan platform media sosialnya untuk perkara yang positif.

image is not available 1 day ago

"Action Speaks Lounder Than Words.." - Pernah Lantang Menyokong Palestin, Daiyan Trisha Dikecam Promosi Jenama Sokong Zionis