“Saya Faham Hotel Mahu Jimat Kos Dan Raih Untung Banyak Tapi…” – Menteri Pelancongan Gesa Selaraskan Masa ‘Check In’ dan ‘Check Out’

LocalPolitics
21 Oct 2024 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi X pada September yang lalu mengenai masa daftar dan keluar di beberapa buah hotel di dalam negara yang tidak masuk akal.

Ekoran isu itu, menurut Berita Harian, pengusaha hotel telah digesa untuk menyelaraskan semula masa daftar dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata penginapan 23 jam sehari adalah perkara biasa di luar negara dan ia tidak menjejaskan kebersihan, kualiti penginapan malah pengguna berasa wang yang dibelanjakan sangat berbaloi dengan perkhidmatan yang diterima.

Saya faham jika hotel mahu jimatkan kos dan raih untung lebih banyak, tapi perkara ini bukan membabitkan keuntungan pemain industri semata. Pelanggan yang berbelanja pasti mahu melakukannya dengan senang hati.

 

“Jika pelanggan berpuas hati dengan apa yang dibelanjakan, pasti pengusaha gembira dengan keuntungan berlipat ganda.”

Menteri itu turut memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja yang telah dibangkitkan oleh pengusaha hotel.

Saya akan berbincang dengan jabatan berkaitan untuk cari jalan penyelesaian berhubung perkara ini.

Menteri itu juga mengarahkan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk membantu mewujudkan kursus berkaitan latihan pembersihan dan pengemasan bilik hotel, dengan mereka yang tamat latihan diberikan sijil.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 6 days ago

“Saya Percaya Ramai Rakyat Malaysia Akan Pergi Ke Thailand..” - Berlaku Pengeboman, KP Negara Minta Rakyat Kaji Situasi Negara Dahulu