“Saya Faham..” – Jennie Dedah 2 Lagu Ini Hampir Tidak Termasuk Dalam Album ‘RUBY’

EntertainmentMusic
20 Jun 2025 • 11:13 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa sangka kan ada beberapa lagu yang Jennie harus berjuang untuk kekalkan dalam album solonya “Ruby”.

Baru-baru ini, Jennie telah muncul dalam rancangan YouTube Popular, HotOnes, di mana dia ada bercakap tentang album solonya.

Khususnya ketika ditanya tentang apa yang dia perjuangkan untuk album tersebut, Jennie mendedahkan,

Ada begitu banyak perkara. Banyak lagu dalam album ini, saya benar-benar terpaksa memperjuangkannya.

image is not available

Sambungnya lagi,

Terutamanya lagu seperti ‘Zen’ dan ‘Starlight’, yang saya faham bahawa ia mungkin bukan lagu utama yang akan muncul dalam fikiran orang tetapi saya tahu bahawa ia akan menyentuh hati orang yang saya mahu sentuh.

Eh best lah dua lagu tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.