'Saya faham, tidak mengaku Yang Arif' - Muhammad Sanusi

Politics
18 Jul 2023 • 9:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Sanusi

SELAYANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan didapati telah melakukan perbuatan dengan kecenderungan menghasut untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja pada Selasa minggu lalu.

Muhammad Sanusi, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin.

"Faham, tidak mengaku Yang Arif," kata Muhammad Sanusi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan itu di Simpang Empat di sini, pada jam 11 malam, 11 julai lalu.

Buat masa ini, pemimpin Pas ini memasuki Mahkamah Sesyen Satu bagi menghadapi satu lagi pertuduhan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri ini turut ditemani peguamnya, Datuk Shaharuddin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud.

AKAN MENYUSUL