“Saya Fikir Kebaikan Dia” – Suami Ditangkap Khalwat, Wanita Rela Jadi Penjamin di JAIS

30 Sep 2022 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana suaminya telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam kerana berkhalwat dengan wanita lain.

Cerita wanita itu lagi, dia terpaksa pergi ke Pejabat Agama berkenaan bagi mengikat jamin suaminya agar tidak dimasukkan ke dalam penjara.

image is not available

Sumber : TikTok  

Katanya, dia berasa dikhianati oleh orang tersayang dan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang tersimpan di dalam hati.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, netizen tampil bertanyakan kepada wanita itu tentang kesanggupannya untuk menjadi penjamin bagi suaminya.

Jelas wanita itu, hatinya memang hancur dengan perbuatan pasangannya namun memikirkan kembali kebaikan yang pernah dibuat lelaki itu, dia cuba untuk reda.

image is not available

Sumber : TikTok  

Saya mungkin hancur (hati) tapi saya masih fikir kebaikan yang pernah dia buat. Nak menangis tak guna, kena terima fakta orang yang kita sayang tak cintakan kita.

Dalam pada itu, ramai juga yang memberi nasihat dan kata-kata semangat agar wanita itu tabah menghadapi dugaan serta cabaran dalam rumah tangga yang dibinanya bersama lelaki itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

“Bunyi Macam Murah Sangat” - Gadis Gen-Z Ini Luah Rasa ‘Annoying’ Dipanggil Sebagai Anak Dara?