“Saya Hanya Manusia Biasa, Terima Kasih Menyayangiku Seadanya..” – Aprena Manrose Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

28 Dec 2023 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akui dirinya masih khilaf, aktres jelita Aprena Manrose berkata dirinya hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Dirinya tidak mahu contohnya yang tak baik itu diikuti oleh yang lain ujarnya.

Berdasarkan sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu, Aprena sempat menyatakan terima kasih kepada mereka yang telah menegur kekurangan dirinya sebelum ini. Menurutnya, dia sedar bahawa teguran itu adalah kerana sayang.

Saya hanya manusia biasa, Yang baik sila lah ikut, yang tak baik dari saya janganlah kalian ikut. Apa pun terima kasih menyayanyiku seadanya, tegur kerana sayang.

Sebelum ini, Aprena sempat terpalit dengan kontroversi apabila dia telah memuat naik sebuah gambar dirinya yang memakai topi serta hoodie dan menampakkan bahagian lehernya.

Ramai menganggap itu merupakan satu hint bahawa dirinya tak lama lagi akan tidak bertudung, namun kenyataan tersebut masih lagi belum terbukti dan Aprena sendiri tidak mengulas lanjut hal tersebut.

image is not available 1 week ago

"Bagi Hint Nak Buka Tudung Ke Tu?" - Pakai Hoodie Nampak Leher & Rambut, Netizen Perli Aprena Menrose