“Saya Hanya ‘Sound’ Kaki Saya Saiz 11” – Isu ‘Sondol’ Berleluasa, Kak KM Dah ‘Warning’ Suami Awal-Awal

2 Oct 2023 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan dari artikel Kosmo, usahawan sensasi, Kak KM tidak mahu berkongsi suami dengan wanita lain biarpun belum pernah lalui perkara itu.

Kata Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, isu ‘sondol’ tidak akan terjadi dalam rumah tangga jika yang ‘disondol’ tidak melayan godaan penyondol.

Tambahannya lagi, tidak boleh menyalahkan si penyondol sepenuhnya kerana lelaki sepatutnya elak sebaik mungkin dari melayan wanita lain jika sudah beristeri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia hanya mampu mengingatkan suaminya, Razman Ramli tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang ini kerana tidak tahu apa akan terjadi di masa akan datang.

Kalau awak berani kena sondol, kaki saya saiz 11.

Bahkan, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri itu tetap berkeras bahawa dirinya tidak mahu bermadu.

image is not available 2 weeks ago

"Sibuk Masuk Campur, Mana Nak Neraka Kan Lah!" - Kak KM Nafi Bakal Jadi Janda, Masih Mesra Dengan Suami