“Saya hanyalah pencinta al-Quran..” – Sharifah Khasif terharu diiktiraf Tokoh Maal Hijrah

27 Jun 2025 • 12:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1447 Hijrah amat menyentuh hati Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, 43, yang tidak pernah menyangka dirinya akan menerima anugerah tertinggi seumpama itu.

Berucap selepas menerima anugerah tersebut, Sharifah Khasif berkata beliau hanyalah seorang pencinta al-Quran yang memartabatkan kitab suci itu dalam kehidupan.

image is not available

“Saya ini bukan individu yang hebat, saya hanyalah pencinta al-Quran yang memartabatkan al-Quran. Ini satu pengiktirafan bahawa besarnya keagungan al-Quran, kalau kita angkat dengan seikhlas hati, Allah SWT yang akan mengangkat martabat seseorang itu,” katanya.

“Sebenarnya anugerah ini adalah untuk ayahanda saya Allahyarham Syed Badiuzzaman. Saya masih ingat lagi pesanan beliau apabila kita jadi ahli al-Quran, insya-Allah kita akan dapat apa yang kita mahukan.

image is not available

Sharifah Khasif terharu diiktiraf Tokoh Maal Hijrah

Anugerah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H di Ipoh, malam tadi.

image is not available

Kredit Foto: UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Sebagai penerima anugerah, beliau menerima wang tunai RM15,000 sumbangan Kerajaan Negeri Perak, pakej umrah bernilai RM9,000, serta plak dan sijil.

Untuk rekod, Sharifah Khasif ialah Pengarah Pusat Tahfiz al-Quran dan Taranum Sharifah Khasif dan Pensyarah al-Quran di Jabatan Kebudayaan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai johan tilawah antarabangsa serta daerah dan negeri sejak 2000, dan mula menjuarai tilawah peringkat negeri Perak sejak 2009.

Sumber: BERNAMA