“Saya Hilang Keluarga, Kerjaya, Segalanya” – Hana Adnan Tidak Mungkin Bersahabat Kembali Dengan Watie Elite Gara-Gara Insiden Muflis

EntertainmentMusic
8 Jan 2025 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas kumpulan penyanyi Elite, Hana Adnan berkongsi rasa mengenai hubungan persahabatannya bersama Watie selepas kedua-duanya terpalit dengan isu hutang dan muflis beberapa tahun lalu.

Ujar Hana, kejadian itu telah memberi kesan yang cukup mendalam terhadap dirinya.

image is not available

Hampir 10 tahun saya diisytihar muflis. Kejadian itu benar-benar membuatkan saya tertekan. Saya penat naik turun mahkamah. Saya hilang keluarga, hilang kerjaya, hilang keyakinan diri dan hilang segalanya.

Apa yang berlaku pada saya, kalau orang tak kuat mungkin boleh terus jatuh tersungkur. Tetapi saya bersyukur kerana masih dikurniakan ahli keluarga dan sahabat yang banyak menyokong saya.

Tambah penyanyi itu lagi, dia tidak mungkin akan kembali bersahabat dengan Watie kerana tidak memerlukan seorang kawan seperti itu.

image is not available

Tetapi untuk kembali bersahabat dengan dia (Watie) perkara itu tidak mungkin terjadi sama sekali. Maaf cakap. Biarlah orang nak kata saya jahat, tetapi saya tidak perlukan kawan seperti itu.

Meskipun tidak lagi menonjol dalam dunia hiburan kini, Hana berkata dia kini lebih selesa bekerja di belakang tabir dan masih belum terfikir untuk ‘comeback’ ke bidang seni.

Kalau saya nak buat ‘comeback’ pun mungkin dalam bidang peragaan. Tetapi tunggulah beberapa tahun lagi.

Terdahulu, Hana telah diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 selepas Watie menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta Toyota Wish pada tahun 2005 namun gagal menjelaskan pinjaman bank sejak September 2010.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Azah Aziz Bersanding Sekali Lagi Selepas 30 Tahun Nikah - "Ada Yang Ingat Saya Dah Cerai"

View Original Article